Ahad, 1 Mac 2009

DI SAAT HAMPIR DATE LINE…..

Bagaimanakah perasaan anda hari ini?? Adakah anda rasa marah?? Gembira?? Murung?? Kecewa?? Takut?? Bersalah?? Tersinggung?? Hormat?? Bertanggungjawab?? Bolehkah anda mengenalpasti dengan tepat apa yang anda rasa?? Bolehkah anda cari perkataan-perkataan lain untuk mencerminkan apa yang anda rasa?? Kini manusai telah cipta lebih daripada 2000 perkataan untuk menerangkan jenis-jenis perasaan yang dialaminya. Kefahaman tentang tiap-tiap perkataan mengenai perasaan iaitu emosi manusia penting untuk mengenali perasaan sendiri dan perasaan orang lain.

CARA MENGURUS KEMARAHAN

1) Memahami apa yang mencetusnya serta manfaat jangka pendeknya

Kita perlu memahami dan mengenalpasti pencetus-pencetus yang boleh jadikan kita hilang akal seperti kata-kata tertentu orang, tabiat orang, tidak bertoleransi dan sebagainya. Manfaat atau kebaikan yang boleh didapati daripada pelepasan kemarahan kita ialah mungkin seperti berikut:
a) Saya rasa lega
b) Orang mendengar saya
c) Rasa seperti diri sebenar lepas marah
d) Jika tidak marah saya akan menangis sahaja
e) Melaui kemarahan orang tahu pendirian mereka
f) Kemarahan menghilangkan perasaan takut
g) Jika saya tak marah orang akan fikir saya lemah

Manfaat-manfaat kemarahan ini adalah jangka pendek sahaja. Sebenarnya ia boleh dicapai melalui cara lain yang lebih asertif. Melepaskan kemarahan membawa berkat yang sementara sahaja. Pada jangka panjang ia akan menjejaskan perhubungan kita.

2) Belajar menenangkan diri dalam situasi genting

Bila perasaan marah timbul kita boleh
a) Gantinya dengan aktiviti lain seperti memandang pada benda dan bukan orang, memikir tentang apa yang kita lakukan pada hari ini atau menerangkan suasana bilik kepada diri sendiri atau membilang sampai 10.
b) Mengelakkan melalui meninggalkan tempat itu atau minta diri untuk berfikir
c) Menukarkan ritma otak seperti mendengar muzik atau lakukan senaman
d) Guna teknik relaks seperti menarik dan menahan nafas selama 5 saat
e) Kecut dan regangkan otot selama 5 saat
g) Urut bahagian dada dan perut
h) Ubah cara duduk dan regangkan bahu
i) Berimaginasi tentang pemandangan yang tenang atau yang neutral atau ketawa pada diri sendiri kerana situasi itu

3) Belajar cara atau strategi untuk mengelak kemarahan kelak

a) Mengenalpasti samada kemarahan kita itu sihat atau tak sihat iaitu membina atau destruktif
b) Elak daripada menggunakan dadah atau alcohol untuk melupakan sesuatu
c) Baca dan menambahkan ilmu tentang pengurusan kemarahan
d) Bincang dengan orang lain yang berjaya menguruskan kemarahan mereka
e) Ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat dan kurang stress
f) Sentiasa menahan dan mencabar setiap pemikiran yang membawa kemarahan
g) Sedari tentang kemarahan yang tersembunyi dalam sindiran atau peril
h) Belajar menjadi lebih asertif atau hadiri kursus untuk menambah kemahiran asertif
i) Meneliti segala punca kemarahan dari dahulu
j) Berbincang dengan kaunselor atau pakar psikologi
k) Menghadiri kursus mengurus kemarahan

Mengikut pakar psikologi marah adalah emosi sekunder. Di belakang emosi marah ini terdapat emosi primer seperti keresahan, duka, hampa, kehilangan, takut dan sebagainya yang terbit kerana sesuatu keperluan tidak diselesai atau dicapai. Sebenarnya kemarahan ini menjejaskan peluang kita untuk mencapai sesuatu keperluan itu. Bila kita dapat mengenalpasti keperluan-keperluan ini kita dapat berusaha untuk mencapainya dan dengan itu kemarahan dapat dikawal atau diurus dengan sihat.

Emosi marah adalah satu fenomena rasional yang berlaku di otak kiri kita. Untuk mengurusnya kita perlu menggunakan kedua-dua bahagian otak, khasnya otak kanan dan bahagian lain otak berkenaan dengan emosi untuk mengecam dan sedar bila perasaan marah muncul. Dengan demikian kita dapat menangani kemarahan dengan cepat dan mengekalkan ketenangan kita.

“Angry people are those who are most afraid……”
-Robert Anthony-

“Orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya…..”
-Imam AL Ghazali-

11 comments:

WhoSign 1 Mac 2009 pada 8:40 PG  

d) Guna teknik relaks seperti menarik dan menahan nafas selama 5 saat

cam tak jadi jer teknik ni untuk menahan marah.. huhu

aziee 1 Mac 2009 pada 9:02 PG  

kalo nk berkesan, kene selalu praktice. kalo sekali tak berkesan. cube berkali-kali.. first sekali bile marah, cube gune teknik tu dulu, kali tak jadi.. baru terus teknik yg len.. ade orang pernah buat, insyALLAH jadi..

WhoSign 1 Mac 2009 pada 9:47 PG  

masalahnye, mmg slalu praktis dah.. malah makin menjadi.. rasa nak hentak meja jer.. huhu

(kene delete balik comment2 ni)

asrar 1 Mac 2009 pada 10:03 PG  

salam.

amboi komen....mau hati2 naa...

kalo xberkesan yg itu..buat laa yg lain..bkn byk cara ke..

amik wudhuk ke...tdo ke...lari keliling padang ke,...
makan ke..

WhoSign 1 Mac 2009 pada 10:10 PG  

c) Menukarkan ritma otak seperti mendengar muzik atau lakukan senaman

yg ni sangat amat betul2 sama sekali setuju.....

aziee 1 Mac 2009 pada 6:34 PTG  

c) Menukarkan ritma otak seperti mendengar muzik atau lakukan senaman

yg ni sangat amat betul2 sama sekali setuju.....

**ayat tu cm semangat jer.. tp pernah buat ker..
tolak pintu kuat2 tu senaman aper?? :p

WhoSign 1 Mac 2009 pada 6:39 PTG  

senaman tangan..
selalu senam tolak benda yg berat2..
so, bila pintu tu ringan jadi la camtu..
hasil training senaman tangan la tu..

aziee 1 Mac 2009 pada 8:25 PTG  

ooo cm tu... erm.. cam best jer, huhu..
menurut pandangan... cikgu cm ni ade potensi nak buat cm tu kat sekolah nant, ish2...
bak kate sorang lecturer tu... bahaya2... huhu

WhoSign 2 Mac 2009 pada 8:41 PG  

teknik ini akan menyedarkan lagi pihak sekolah bahawa pintu2 yg lama harus diganti dgn yg baru.. xselamat utk pelajar dan barang2 dalam kelas kalau pintu lama..

Tanpa Nama 18 Mac 2009 pada 9:31 PG  

lau cm2 gne pintu gne batu..bru x rosak..ahaa

WhoSign 18 Mac 2009 pada 9:53 PG  

huhu.. ok gak kalo gune pintu batu.. tapi, pasni kalo hempas pintu, bkn pintu tu yg rosak, tapi sekali dgn dinding2 sekali runtuh..

(nk kate hebat la org yg hempas pintu tu)

Pelawat

Load Counter

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP