Khamis, 26 Jun 2008

True Litre for Your Vehicle..

This is a Message I received from a friend:

I don't know what you guys are paying for petrol... but here in Durban, we are also paying higher, up to 47.35 per litre. But my line of work is in petroleum for about 31 years now, so here are some tricks to get more of your money's worth for every litre.

Here at the Marian Hill Pipeline, where I work in Durban, we deliver about 4 million litres in a 24-hour period thru the pipeline. One day is diesel; the next day is jet fuel, and petrol, LRP and Unleaded. We have 34-storage tanks here with a total capacity of 16,800,000 litres.

ONLY BUY OR FILL UP YOUR CAR OR BIKKIE IN THE EARLY MORNING WHEN THE GROUND TEMPERATURE IS STILL COLD. Remember that all service stations have their storage tanks buried below ground. The colder the ground, the denser the fuel, when it gets warmer petrol expands, so buying in the afternoon or in the evening.... your litre is not exactly a litre.

In the petroleum business, the specific gravity and the temperature of the petrol, diesel and jet fuel, ethanol and other petroleum products play an important role. A 1 degree rise in temperature is a big deal for this business. But the service stations do not have temperature compensation at the pumps.

WHEN YOU'RE FILLING UP, DO NOT SQUEEZE THE TRIGGER OF THE NOZZLE TO A FAST MODE. If you look, you will see that the trigger has three (3) stages: low, middle, and high. In slow mode, you should be pumping on low speed, thereby minimizing the vapours that are created, while you are pumping. All hoses at the pump have a vapour return. If you are pumping on the fast rate, some of the liquid that goes to your tank becomes vapour. Those vapours are being sucked up and back into the underground storage tank so you're getting less worth for your money.

ONE OF THE MOST IMPORTANT TIPS IS TO FILL UP WHEN YOUR TANK IS HALF FULL. The reason for this is, the more fuel you have in your tank, the less air occupying its empty space. Petrol evaporates faster than you can imagine. Petroleum storage tanks have an internal floating roof. This roof serves as zero clearance between the petrol and the atmosphere, so it minimizes the evaporation. Unlike service stations, here where I work, every truck that we load is temperature compensated, so that every litre is actually the exact amount.

ANOTHER REMINDER, IF THERE IS A FUEL TRUCK PUMPING INTO THE STORAGE TANKS, WHEN YOU STOP TO BUY, DO NOT FILL UP - most likely the petrol/diesel is being stirred up as the fuel is being delivered, and you might pick up some of the dirt that normally settles on the bottom.


Hope, this will help you get the maximum value for your money.


DO SHARE THESE TIPS WITH OTHERS! LET’S SHARE INFORMATION AND BENEFIT ALL, FOR THE BETTER OF MANKIND.

p/s: get it?

Jumaat, 20 Jun 2008

Literasi BM? Latih Guna Otak kanan

Latih Si Kecil Guna Otak Kanan

Ada kelas yang diuruskan oleh orang Jepun yang melatih kanak-kanak berfikir menggunakan otak kanannya. otak sebelah kanan memerlukan practice dan exercise untuk mahir menggunakannya. Bagi sesiapa yang berjaya menggunakan kedua-dua belah otaknya, adalah amat beruntung sekali. biasanya ramai orang cina yang hantar anak-anak mereka ke kelas2 camni supaya anak mereka dapat menggunakan kedua2 belah otak mereka. orang melayu jarang sekali kerana kelas tersebut agak mahal sikit kosnya.

bagi sesiapa yang dah ada anak, anak murid, anak buah, atau ada adik kecil, sepupu kecil, bolehlah cuba praktiskan atau suruh penjaga mereka praktiskan. insyaAllah ada kesannya..


1. Sewaktu si kecil nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat dia sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, anak soleh, kuat, tak sakit, dia budak pandai dan sebagainya. Sebab masa tidur-tidur ayam ni, otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah. Tapi kena buat seikhlas hati dengan doa dan harapan pada Allah lah. Kalau tengah marah, tak jadi. kalau si kecil tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam mode tidur2 ayam.

Ada orang buat kat anak dia sebab anak dia bangun lambat pas tu siap menangis melalak-lalak lagi. Dia buat hari-hari sebelum tidur tu, dia cakap kat anak dia, budak baik, suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal. hasilnya anak dia 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu dan ahad.

2. Guna cards untuk ajar si kecil. Ada orang ajar ABC sampai Z guna card seminggu je anak dia dah kenal semua huruf dan dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. buat card banyak-banyak dan tunjuk kat si kecil cepat-cepat. contohnya a b c d e, insyaAllah cepat si kecil dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat, otak kanan si kecil bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk. kita boleh buat card 1 2 3, gambar-gambar, dan lain-lain.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar si kecil main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dan sebagainya. satu lagi cuba kita lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh si kecil sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi. ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.

4. Jangan marah-marah atau tengking si kecil selalu sebab si kecil boleh simpan semuanya dalam otak kiri..

5. Satu lagi bina dan bangunkan si kecil punya imaginasi dengan mula bercerita kat dia dan suruh si kecil sambung cerita tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa. untuk nasihat dan pengajaran, bagi la cerita2 agama atau kisah2 sirah.


6. Main teka-teki ngan si kecil, letak satu barang dalam kotak tisu dan suruh si kecil teka apa benda tu. awal-awal bolehlah bagi klu sikit2, bagitau colour apa, bunyi apa, lama-lama si kecil bolehlah develop six sense dengan concentre si kecil boleh teka apa benda dalam kotak tisu tu. ni semua untuk aktifkan otak sebelah kanan. Game2 ni tak yah buat lama-lama pun takpe, setengah jam sehari pun boleh. Buat masa rileks2.

Lagi satu, Kaunselor UTM, Dr. Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada cakap tentang perkataan "jangan" kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak, itulah yang anak akan buat. so, lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain pulak. Contohnya, "Tolong senyap Abang" berbanding "Jangan bising bang".

wallahu a'lam..

Rabu, 18 Jun 2008

**PeTua & TiPs**


1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time : * Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep. *utk memohon supaya Allah mencukupkan rezeki kita,bacalah surah al-fatihah 28 kali selepas masuk waktu isyak..

2. For terminal diseases: * Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water.

3. For the mentally ill: * Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning and once at night, everyday without fail.

4. When in extreme pain: * Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.

5. For babies who cry at night or at any time: * Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door * Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.

All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:

* Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything
* Read it with full "khusyuk"
* Tawakal to Allah
* Use it with GOOD "niat" /intentions. Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nye):
* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknye waktu Maghrib.
* duduk menghadap kiblat * lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita * Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.
* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar" dilaungkan, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.
* Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut. Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.


Untuk awet muda both internal & external.

1.Zikir - Baca " Ya Badiyah " 1 x " Ya Nur " 1 x " Ya Hadi " 1 x " Ya Allah " 3 x Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap hari.

2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look young and feel young inside)

3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan ketenangan jiwa.

4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga boleh menghilang/meredakan.

aMaLaN BaiK

"Jika tiada cinta insan utkmu, cukuplah cinta Allah penyeri hdpmu, kelak akan ada insan menyintaimu sbgmna cintamu terhadapNYA..."

Islam meletakkan asas dalam hal ini iaitu seseorang tidak akan menanggung dosa seorang lain. Apa yang dilakukan seseorang, maka dia akan menanggung akibat perbuatannya dan di akhirat dia akan dibalas setimpal dengan dosa dilakukan.

Tetapi dalam Islam ada konsep amal jariah. Maksudnya, jika kita melakukan sesuatu yang baik dan orang lain terdorong melakukan kebaikan sama hasil daripada didikan, bimbingan dan tunjuk ajar, maka kita akan menerima pahala.

Begitu juga dosa boleh diwarisi jika kita mendidik dan mengajar orang untuk melakukan kejahatan, lalu kejahatan itu dituruti dan disebar luaskan orang lain. Dalam hal ibu bapa pun begitu juga. Jika mereka meninggalkan anak yang salih, maka mereka akan memperoleh bahagia berpanjangan di alam barzakh kerana amal salih dilakukan anak hasil didikan ibu bapanya.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali tiga iaitu, anak salih yang mendoakan untuknya, ilmu yang diajarkan dengannya dan sedekah jariah yang ditinggalkan."

Bagaimana pula jika ibu bapa tadi meninggalkan anak yang tidak salih. Ibu bapa sedemikian akan menerima tempiasnya di akhirat kerana kegagalan mendidik anak ke jalan Islam. Tetapi jika ibu bapa sudah menjalankan kewajipan dengan baik, tetapi anak tetap tidak mahu berubah, malah melakukan perbuatan bertentangan dengan apa diajarkan, maka Allah tidak akan membebankan ibu bapa dengan sesuatu di luar kemampuannya.

<< keLeBiH@n ay@t KuRsi >>

Dari Anas bin Malik r.a. berkata,


"Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia." Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"


Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat." Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.


Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.


Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.


kElebiHan sOlAt bErjEmaaH mEnuRuT tEori FiziK

Seorang professor fizik di Amerika
Syarikat telah membuat satu kajian
tentang kelebihan solat berjemaah yang
disyariatkan dalam Islam. Katanya
tubuh badan kita mengandungi dua cas
elektrik iatu cas positif dan cas
negatif. Dalam aktiviti harian kita sama
ada bekerja, beriadah atau
berehat, sudah tentu banyak tenaga
digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak
berlaku pertukaran cas positif
dan cas negatif, yang menyebabkan
ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan
menyebabkan kita rasa letih dan lesu
setelah menjalankan aktiviti seharian.
Oleh itu cas-cas ini perlu
diseimbangkan semula untuk mengembalikan
kesegaran tubuh ke tahap
normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul
persoalan di minda professor
ini mengapa Islam mensyariatkan solat
berjemah dan mengapa solat lima
waktu yang didirikan orang Islam
mempunyai bilangan rakaat yang tidak
sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan
rakaat yang berbeza dalam solat kita
bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam
badan kita. Semasa kita solat
berjemaah, kita disuruh meluruskan saf,
bahu bertemu bahu dan
bersentuhan tapak kaki.
Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa
solat
berjemaah itu mempunyai berbagai
kelebihan. Kajian sains mendapati
sentuhan yang berlaku antara tubuh kita
dengan tubuh ahli jemaah lain
yang berada di kiri dan kanan kita akan
menstabilkan kembali cas-cas
yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku
apabila cas yang berlebihan -
sama ada negatif atau positif akan
dikeluarkan, manakala yang
berkurangan akan ditarik ke dalam kita.
Semakin lama pergeseran ini
berlaku, semakin seimbang cas dalam
tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita
bangun dari tidur, badan kita akan
merasa segar dan sihat setelah berehat
berapa jam. Ketika ini tubuh kita
mengandungi cas-cas positif dan negatif
yang hampir seimbang. Oleh itu,
kita hanya memerlukan sedikit lagi
proses pertukaran cas agar
keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab
itu, solat Subuh didirikan 2
rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja
kuat dan memerah otak semua cas
ini kembali tidak stabil akibat
kehilangan cas lebih banyak daripada
tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih
banyak pertukaran cas. Solat
jemaah yang disyariatkan Islam
berperanan untuk memulihkan keseimbangan
cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat
Zohor didirikan 4 rakaat untuk
memberi ruang yang lebih kepada proses
pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di
sebelah petang. Banyak tenaga
dikeluarkan ketika menyambung kembali
tugas. Ini menyebabkan sekali lagi
kita kehilangan cas yang banyak. Seperti
mana solat Zohor, 4 rakaat
solat Asar yang dikerjakan akan
memberikan ruang kepada proses
pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang
dari kerja kita tidak lagi
melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak
menggunakan tenaga. Masa yang
diperuntukkan pula tidak begitu lama.
Maka, solat Maghrib hanya
dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah
lebih sesuai dengan penggunaan
tenaga yng kurang berbanding 2 waktu
sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor
itu tentang solat Isyak yang
mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada
waktu malam kita tidak banyak
melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak
memerlukan proses pertukaran
cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat
keistimewaan mengapa Allah
mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak.
Kita sedia maklum, umat Islam
amat digalakkan untuk tidur awal agar
mampu bangun menunaikan tahajjud
di sepertiga malam. Ringkasnya, solat
Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan
menstabilkan cas dalam badan serta
memberikan tenaga untuk kita bangun
malam (qiamullail) .

Dalam kajiannya, professor ini mendapati
bahawa Islam adalah satu agama
yang lengkap dan istimewa. Segala amalan
dan suruhan Allah Taala itu
mempunyai hikmah ynag tersirat untuk
kebaikan umat Islam itu sendiri.
Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri
dan betapa hebatnya Pencipta alam
ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah
beliau memeluk agama Islam.


sama - sama kita renungkan.......
siapa yang menjadikan dunianya tempat mengumpul bekalan,maka akhiratnya akan menjadi kerehatan,barangsiapa yang lupa tentang akhirat di waktu dia di dunia,maka akhiratnya memenatkan......
Wallahua'lam Bisshawab

Selasa, 17 Jun 2008

BiNgKiSaN BuaT SaHaBaT

BiNgKiSaN BuaT SaHaBaT

**Jadikan persahabatan terbina persis
untaian tasbih.. ada awal tiada hujungnya..
di bentuk untuk MENGINGATInya..
di rantai kerana REDHA-Nya..
moga ia kekal dan di RAHMATI-Nya..

** Teman yang baik adalah seperti
tangan dan mata..
bila tangan sakit, mata menangis..
bila mata menangis, tangan kesat air mata..
semoga PERSAHABATAN kita kekal selamanya..

** Jangan di buang kenangan itu,
kerana ia pengubat RINDU..
Jangan di campak memori itu,
kerana ia pemaut KASIH..
kerana..
antara kita yang terpisah..
cantumnya hanyalah KENANGAN..

** keikhlasan dalam persahabatan
menjadi benteng kepada keutuhan
UKHWAH...
andainya persahabatan kita
di pisahkan dengan waktu yang singkat..
janganlah ia menjadi penyebab untuk kita
terus melupakan KENANGAN manis tika
bersama..

** Carilah segunung KEIKHLASAN,
selaut KESETIAAN,
sejuta KEGIGIHAN,
seluas langit KESABARAN & KEJUJURAN,
jutaan buih KEIMANAN,
barulah indah sebuah PERSAHABATAN..

KiSaH TeLaDaN WaNiTa CeMeRLaNG

KiSaH TeLaDaN WaNiTa CeMeRLaNG

* Ibunya orang beriman, isteri nabi Muhammad sekaligus putri dari as-sidiq adalah wanita yang patut diteladani oleh seluruh mu’minah di sepanjang zaman.

* Ia adalah wanita pemilik kemuliaan yang tidak ditandingi **Aisyah** wanita yang paling berilmu tentang alquran, kerana kehidupannya yang selalu bersama dengan pembawa risalah islam, dan beliau menyaksikan Al quran yang turun di rumah beliau. Paling berilmu, kerana sangat memahami bagaimana wujud penjabaran Al quran dalam kehidupan sehari-hari, dipraktikkan dalam perkataan, perbuatan, budi pekerti, akhlaq dan adab oleh rasulullah shallallahu alaihi wa sallam.

* Beliau pula wanita yang paling berilmu tentang hadis, fekah, pengubatan, syair dan hikmah. Sehingga sangat wajar ketika abu bardah mengatakan : “apabila ada sebuah permasalahan yang tidak diketahui di zaman sahabat , maka kami bertanya kepada Aisyah, dan kami memperoleh ilmu dari beliau”.

* Seorang sahabat yang lain mengatakan “saya tidak mengetahui ada orang yang lebih berilmu tentang al quran, faraidh(ilmu waris), halal dan haram, syair, sejarah dan nasab kecuali Aisyah”.

Umar bin khatab ketika menjelang wafat , berkata kepada abdullah (anaknya).

“Pergilah kepada Aisyah, sampaikan salamku padanya, dan minta izin darinya agar aku boleh dimakamkan di rumahnya bersama Rasulullah dan Abu Bakar.

Maka Abdullah pun mendatangi aisyah dan menyampaikan pesan ayahnya. Aisyah mengatakan

“baik dan ini adalah sebuah kemuliaan” dan melanjutkan dengan berkata “wahai anakku, sampaikan salamku kepada Umar , dan katakan padanya jangan tinggalkan umat Muhammad tanpa pimpinan, pilihlah khalifah bagi umat dan jangan tinggalkan umat dalam keadaan sia-sia setelahmu, karena aku takut terjadi fitnah atas umat ini.”

  • Wahai wanita mukminah, saksikanlah bagaimana keagungan perjalanan mereka yang ditarbiyah dalam rumah-tangga nabi. Perhatikan bagaimanakah nasihat dan pandangan Aisyah untuk mengangkat khalifah setelah Umar, kerana khuatir terjadinya fitnah. Seolah-olah Aisyah mengetahui hal-hal yang akan berlaku pada masa akan datang, padahal ia tahu tentang hal-hal yang ghaib, namun ini adalah firasat seorang mukmin yang beriman kepada Allah dan RasulNya. Beliau tak hanya sebatas melihat tentang dekatnya kematian umar dan tentang masalah di mana Umar akan dimakamkan, namun beliau melihat bagaimana kehidupan umat Islam setelah Umar meninggal. Dari sini terlihat keluasan pandangan, jauhnya pemikiran ke depan dan sekaligus perhatian yang sangat besar tentang urusan umat Islam. Inilah yang semestinya diteladani oleh wanita mukminah di zaman ini.
  • Kedalaman ilmu, kecerdasan dan perhatiannya terhadap umat adalah warisan yang berharga yang boleh diwarisi sampai hari ini. Terbukti dengan kedudukan beliau yang tergolong dalam tujuh orang di kalangan sahabat yang banyak menghafal fatwa-fatwa dari para sahabat.
  • Panji Islam di sepanjang sejarah akan selalu tegak dengan para penyandangnya. Dan Aisyah adalah salah satu penegak panji Islam di awal terbitnya cahaya Islam. Sebuah bukti bahwa wanita pun memiliki peranan yang sangat besar dalam memperjuangkan Islam. Tidak hanya untuk membuang waktu untuk berbagai pekerjaan yang sia-sia, sebagaimana yang dilakukan oleh kebanaykan muslimah di zaman ini.
  • Panji Islam memang akan tetap tegak dengan para pejuangnya sepanjang masa. Namun apakah kita para wanita mukminah menjadi sebahagian dari penyandang dan penegak risalah atau tidak, maka jawabnya ada pada diri kita... Renungkanlah..

Isnin, 16 Jun 2008

Jin Dan Toyol?

JIN DAN TOYOL

Jin

Rasullullah pernah menerangkan bahawa memang ada makhluk-makhluk (jin) yang berkongsi tempat tinggal dan hidup bersama-sama manusia di mana-mana saja. Oleh sebab itu sekiranya sesiapa yang mendapati di rumah mereka dimasuki ular hitam hendaklah segera azan dengan suara yang kuat. Jika ia lari keluar hendaklah dibiarkan sahaja kerana itu adalah makhluk jin. Tetapi sebaliknya jika ia berlingkar atau menunjukkan tanda melawan enggan keluar dari rumah bunuhlah ia kerana ia adalah ular sebenar.

Toyol

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dalam bab ‘Ayat Kursi’ ada menyebut satu kisah di mana seorang makhluk kecil seperti kanak-kanak, kepalanya botak, tetapi sedikit jambul, ditemui sedang mencuri simpanan makanan (Baitul Mal) zakat fitrah di bawah jagaan Abu Hurairah. Apabila ditangkap serta hendak diadukan kepada Rasulullah S.A.W. bermacam-macam rayuan dibuatnya. Rasulullah S.A.W tidak menamakan dengan nama khas, tetapi kesimpulannya toyol sepertimana dipercayai oleh sesetengah masyarakat tetap wujud walaupun kita tidak dapat membuktikan dengan mata kepala. Sesuatu yang belum terjumpa atau belum pernah terlihat akannya, tidak bererti ianya tidak wujud. Kalau mengikut kepercayaan orang Melayu, toyol itu kecil seperti kanak-kanak. Ianya menepati laporan hadis Abu Hurairah R.A. Kalau kerjanya mencuri, juga selari dengan hadis tersebut. Tetapi mengenai hasil curian akan diberi kepada tuan, begitu juga untuk mendapatkannya kena memeluk suatu tiang di Mekah. Wallahu A’lam Bis Sawab. Untuk mengelakkan duit dari kena curi atau diambil oleh toyol, baca ayat Kursi ketika menyimpan dan juga semasa mengunci pintu tempat simpanan. Rahsia ini diberitahu sendiri oleh toyol kepada Abu Hurairah R.A dan disahkan oleh Rasulullah S.A.W. sendiri tentang kebenaran kenyataan itu kepada Abu Hurairah R.A dan ternyata kehilangan tidak berlaku lagi setelah diamalkan oleh Abu Hurairah.

~*::.Jadilah anak yg soleh dan solehah.::*~

Hanya satu saja yang paling setia mengikut kita dan menemani kita di sana. Itulah pekerjaan dan amalan kita yang ikhlas. Mereka menjadi kawan baik kita. Selepas itu apa lagi yang bersama-sama kita di kubur. Sabda Nabi:


“Apabila mati anak Adam, maka putuslah segalaamalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah (sedekahberkekalan), ilmu yang dimanfaatkan dan anaknya yangsoleh yang mendoakan.”


Yang dikatakan sedekah jariah ialah amalan sedekah yang pahalanya sampai menemuinya walaupun sudah meninggal 500 tahun umpamanya seperti membina masjid, surau, membina rumah anak yatim dsb. Mengikut setakat mana keikhlasan kita. Ada juga amalan jariah yang tidak dibalas dengan pahala tetapi dosa, contohnya mendirikan dewan tarian, mendirikan panggungwayang dan pentas hiburan semua dosa orang yang mengunjungi tempat itu akan dihantar kepada simati walaupun telah 600 tahun misalnya.
Termasuk dalam kategori ilmu yang dimanfaatkan ialah seperti menulis kitab yang memberikan kesedaran kepada orang dan buku itu digunakan zaman berzaman. Selagi kitab itu digunakan dan faedahnya tersebar luas, pahala akan terus mengalir kepadanya. Begitu juga siri ceramah dan tazkirah seperti homepage. Doakanlah saya mudahan homepage tazkirah ini termasuk dalam ilmu yang dimanfaatkan. Jika sepeninggalan saya nanti, homepage ini terus dibaca orang, insyallah akan diperolehi pahalanya. Ini bergantung kepada keikhlasan tanpa niat ria’. Sama-samalah berdoa semoga kita ikhlas.
Anak soleh yang mendoakan. Sekarang ini anak bernama Saleh tapi amalan tak soleh. Ada juga orang kafir dipanggil Mad Saleh, kenapa agaknya dipanggil Saleh? seolah menghina istilah ’soleh’. Anak yang beribadat, bersembahyang dan mendoakan kita, pahalanya juga akan sampai kepada kita lantaran didikan dan asuhan kita dulu. Ibarat pokok yang kering apabila disiram air akan segar semula. Begitulah kita di alam kubur nanti, apabila menerima pahala anak-anak kita kembali segar. Begitulah mustajabnya anak yang soleh mendoakan kedua ibubapanya.
Menurut hadith orang yang mati seolah-olah dalam keadaan lemas. Sahabat Nabi bertanya bagaimana untuk menolong mereka dari lemas. Nabi menerangkan hadiahkan Fatihah kepada simati supaya ia tidak lemas dan mampu untuk timbul.
Ramai beranggapan anak yang soleh ialah anak-anak bergaji besar, berkereta besar, berumah besar, bercakap besar dan berpangkat besar. Semua ini tidak menjamin kesolehannya selagi tidak mempunyai iman kepada Allah dan berbakti kepada ibu dan bapanya.
Jadilah anak yg soleh dan solehah..

Jadilah Golongan Yang Mendapat Naungan Allah di Hari Kiamat

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

”Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim


1. Pemimpin (imam) yang adil.

Setiap yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang dapaat berlaku adil. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.


2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.

Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.


3. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.

Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.


4. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH.

Dalam satu hadis Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab: ”Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)

Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.


5. Lelaki apabila mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya.

Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran ALLAH.


6. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan ALLAH” (inni akhofullah)

Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.


7. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.

Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahuinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap ALLAH dan orang lain.

Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu.

Jumaat, 13 Jun 2008

::: Memori Kami :::




Khamis, 12 Jun 2008

Ahli Kelas? Kami lah..




Pelawat

Load Counter

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP