Isnin, 26 Januari 2009

Hadis 35 - Orang Islam Adalah Bersaudara


Muslim sesama muslim adalah bersaudara



عن أبي هريرة قال: قال رسول الله لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا، ولا يبع بعضكم على بيع بعض، وكونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا يظلمه ولا يخذله، ولا يكذبه، ولا يحقره، التقوى ههنا، ويشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشر أن يحقر أخاه المسلم، المسلم على المسلم حرام دمه، وماله، وعرضه -رواه مسلم.



Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim. Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.



Pengajaran hadis:


(1) Hadis ini menganjurkan satu cara hidup bermasyarakat yang pasti membawa kepada keharmonian hidup, iaitu cara hidup yang mempamerkan keluhuran budi dan kemuliaan akhlak.

(2) lslam melarang umatnya dari saling hasad dengki, tipu menipu, benci membenci dan pulau memulau kerana semua sifat ini adalah sifat buruk yang hanya akan membawa kepada kerosakan, huru hara dan perpecahan dalam masyarakat. Masyarakat akan hancur sekiranya setiap anggota mempunyai sifat-sifat buruk seumpama ini.

(3) lslam juga melarang seseorang memotong jual beli saudaranya sehingga dia selesai membuat keputusan sama ada mahu meneruskan jual beli tersebut atau membatalkannya. Apabila jual beli itu dibatalkan, maka bolehlah dia menawarkan diri untuk berurus niaga. Etika ini diajar oleh lslam demi memelihara hubungan persaudaraan sesama muslim agar tidak timbul permusuhan akibat perbuatan memotong urusniaga orang lain.

(4) Umat lslam digesa hidup sebagai hamba Allah yang bersaudara dengan masing-masing menunaikan hak saudaranya dengan sempurna. Antara hak saudara seagamanya ialah bahawa dia tidak menzaliminya, tidak membiarkannya dihina, tidak membohonginya dan tidak mencerca atau menghinanya. Cukuplah seorang mukmin mendapat kecelakaan apabila dia suka menghina saudaranya.


(5) Taqwa adalah perkara tersembunyi yang ada di dada seseorang, ia bukannya suatu perkara yang boleh didakwa. Taqwa tidak seharusnya didakwa-dakwa bahkan ia adalah perkara tersembunyi di dada, namun ia dapat dikesan berdasarkan amalan seseorang kerana seorang yang bertaqwa hanya akan melakukan amalan soleh dan berakhlak mulia.



Ahad, 11 Januari 2009

latest - israel almunafiq

Penganalisa politik Israel Alouf Ben telah menulis pada 4/12/2008 dalam akhbar jerussalem post bahawa" masyarakat antarabangsa yang diterajui oleh Amerika dan Mesir telah memberi kebenaran kepada Israel untuk melangsaikan serangan daratnya ke atas Ghazzah bagi tujuan melumpuhkan organisasi HAMAS sehingga gerakan itu luput." Penganalisa itu menutup penulisannya dengan mengatakan: ( sesungguhnya sokongan mesir yang tidak diduga dalam menyokong Israel dalam persengketaannya dengan HAMAS adalah berita gembira yang mengejutkan menjadi kejayaan besar bagi diplomasi Israel.)
Inilah bukti bagi artikel saya sebelum ini. Selain bukti ini adalah ucapan Husni Mubvarak sendiri dan permusuhannya serta parti pimpinannya dengan Ikhwan Muslimin yang menyokong HAMAS seratus peratus. Ikhwan adalah gerakan yang memerdekakan Mesir dari penjajahan Inggeris Ikhwan juga adalah tentera yang menghalau Israel dari bumi Mesir. Kini Ikhwan dimusuhi kerajaan Mesir secara politik dan juga kekuasaan. Kini permusuhan itu telah berjangkit kepada HAMAS. Namun HAMAS masih menganggap Mesir sebagai Jiran yang pernah berjasa.

Inilah apa yang Allah sebut dalam menceritakan sifat munafiq di awal surah Al Baqarah. Baca dan bandingkan. Israel bukan lagi manusia mereka adalah Syaitan di kalangan manusia inilah keupayaan mereka meracuni pemikiran manusia agar menjadi pendokong mereka. Siapa yang senyap dan mengambil sikap duduk di atas pagar merekalah orang yang rugi.

Sampai di sini dahulu untuk kali ini.

fwd - umaq - eiman

celiklah mata lihatlah diri kita....hiburan merata - rata,dosa entah ke mana ...
bukankah ramai yang ditipu...dijajah pemikiran nya dengan budaya jahiliyyah...namun,itulah kebanggaan...sampai bilakah kita ingin ditipu,dimainkan,diinjak dan dibodohkan....??

fikirkanlah....

Pertempuran darat semakin sengit kini jalan laut menjadi medan ketiga

Setelah Israel menerima tamparan yang hebat di darat dengan kejayaan tentera muqawamah Palestin yang dianggotai oleh 3 sayap pergerakan Islam iaitu Kataib Al Qassam dan juga Saraya Al Quds. Pertempuran darat sengit di Jabaliyaa, Hayy Zaitun, Rafah dan Hayy Tufah. Sehingga kini Israel hanya mampu meletupkan perumahan orang awam. Yang merupakan sasaran kedua tentera Zionis yang disokong dunia.

Kini kekuatan Tentera Muqawamah makin terserlah dengan kejayaan mereka menghalang pendaratan armada laut Israel di sekitar pantai tebing Ghazza. Menurut sumber yang menghubungi Jazeerah.Net kini puluhan tentera pembebasan Palestin mengawasi sekitar pesisiran pantai tebing Ghazza.

Percubaan untuk mendarat berlaku sejak hari kedua pertempuran darat berlangsung. Sejak percubaan itu Israel terpaksa berundur beberapa kali kerana pertahanan yang kuat di sekitar pantai.Jurucakap Saraya Al Quds melaporkan mereka berjaya menembak beberapa pengangkut laut dengan senjata anti perisai yang merupakan keupayaan baru pasukan pembebasan Palestin. Abu Muhammad menambah bahawa salah satu angkatan Saraya Quds berjaya meletupkan dua pengangkut perisai Yahudi di barat laut ghazza.

Percayalah pembaca semua HAMAS dan Jihad Islamiy bukan sekadar bertahan tetapi mereka melakukan serangan balas yang sangat sengit. Inilah sebab sebenar Yahudi enggan membenarkan wartawan menyertai peperangan di Ghazza.

Terbaru:
Pagi tadi 11 orang pegawai perubatan dibenarkan memasuki Ghazza dengan sebuah bas dari sempadan Rafah namun kemasukan mereka tanpa sebarang jaminan keselamatan dari mana mana pihak. Mereka hanya mengharapkan dapat membantu bangsa seagama mereka dan juga mendamba ganjaran dari ALlah. doakan mereka sampai dengan selamat dan dapat menjalankan tugas dengan baik

fwd : umaq - eiman...

masih tidur kah kita....

kebenaran yang tersembunyi di sebalik berita.

Assalamualaikum.

kini saya terpaksa melakukan update di cc berdekatan. Namun perkara yang ingin saya kongsikan adalah sangat penting dan serius.

semalam Khatib yang juga merupakan dean kuliyah Syariah di universiti saya membocorkan beberapa rahsia pakatan jahat Yahudi dan arab sekular. Pertama kali saya menangis dalam khutbah jumaat seumur hidup saya. sehingga kini hati ini sebak bukan kerana sedih tetapi geram di tipu.

Sebenarnya sebelum peperangan dilancarkan Israel telah melakukan beberapa perjumpaan penting dengan pemimpin dunia. Antaranya Blair dan Pemimpin dunia arab. dalam laporan di akhbar yahudi yang saya lupa namanya melaporkan bahawa peperangan ini sengaja dilancarkan dan matlamat utamanya memansuhkan kewujudan HAMAS dari tanah arab.

Perkara ini telah dipersetujui Israel dan juga negara negara arab. Ini menjelaskan kenapa sempadan Rafah ditutup rapat. Ini juga menjelaskan kenapa arab tidak menghulur bantuan ketenteraan. Arab sebenarnya berlakon dengan ucapan ucapan politik menyatakan simpati pada bangsa Palestin sedang mereka menjual nyawa bangsa Palestin pada Israel dengan harga yang mahal iaitu maruah mereka.

Husni Mubarak menyatakan " sesungguhnya darah rakyat Palestin bukanlah Murah." ini bermakna perniagaan sedang berlaku. Munafik inilah yang kini sedang meletupkan terowong2 rahsia HAMAS di Rafah. Pembiayaan peletupan terowong2 ini adalah di bawah tanggungan Amerika. Israel hanyalah kambing hitam dunia Arab dalam menghapuskan pengaruh Islam Harakiy yang dipelopori oleh Ikhwan dan penubuhan HAMAS.

Sebenarnya HAMAS dikepung oleh ular-ular yang mematuk luar dan dalam. Mesir kini dijanjikan pengaruh politik terkuat oleh barat. Inilah yang dikatan harga mahal yang mereka raih dari penjualan nyawa bangsa Palestin di Ghazzah.

PBB diperalatkan oleh Israel bagi tujuan penghapusan etnik. Kita mengkritik PBB yang kononnya lemah dan lembik dalam menghadapi Israel sebenarnya mereka bersekongkol dengan Israelk dalam menghabisi pelapis mujahidin Palestin. Wanita dan kanak-kanak dihimpun oleh PBB dalam bangunan mereka kemudian Yahudi akan mengebom bangunan itu. INilah yang berlaku di Ghazzah sebenarnya.

Bukti logik pada penghapusan etnik adalah pembunuhan kanak kanak. Israel mengakui itu adalah kesilapan tentera mereka dalam tembakan rambang sebenarnya kalau kita perhatikan rata-rata kanak-kanak yang mati adalah menerima tembakan sniper. HeadShot bukanlah hasil dari tembakan rawak tetapi adalah sasaran tepat yang dilakukan yahudi.

Sekarang ini saya menyimpulkan bahawa sasaran Yahudi di Ghazzah 2. 1 propaganda untuk menyatakan kewujudan HAMAS menghalang perdamaian. @ penghapusan saksi penting peranan HAMAS dan kekejaman Israel iaitu genocide. Masalahnya sekarang kita tiada daulah.

Apa yang kita boleh lakukan adalah kembali kepada Islam dan menentang sebarang sistem selain Islam. Katakan tidak pada demokrasi, pada badan-badan dunia. Boikot semua produk yahudi dan Amerika. Yakinlah yang buta hanayalah penguasa dunia arab bukan rakyatnya. Sama sahaja di mana mana Kuasa membutakan hati dan Iman.

ramai bertanya saya apakah sejarah sebenar pertelingkahan Israel Palestin untuk rujukan sila baca sini.

saya menyeru umat Islam membacakan ayat 48 dari surah al Fath. Baca ayat ini dan bincangkan penafsirannya.

Sampai di sini dahulu untuk kali ini.

fwd : umaq-eiman

Sabtu, 10 Januari 2009

Palestin VS Darfur. Sikap Amerika yang terang terang memusuhi Islam.


Setiap habuk yang tercalit pada sejarah perkauman di Darfur dikutip tanpa ditinggal satu pun bahkan ditambah pula dengan pasir pasir fitnah sehingga dunia melihat Al Bashir yang mesra rakyat sebagai pembunuh satu bangsa.


Tetapi tahi tahi yang mencemar setiap pandang kemanusiaan di Palestin dibungkus dengan pelbagai persidangan dan juga perbincangan, Israel sentiasa dimanjakan ditambah bantuan kononnya untuk menghalang dari dianiaya. Dunia perlu faham di sini PBB adalah proksi Yahudi bukan sekadar Amerika. PBB ditubuhkan semata mata untuk melumpuhkan kedaulatan negara Islam. Setiap perkara yang menindas ISlam akan diberi laluan manakala setiap perkara yang membantu Muslim akan ditangguh dan akhirnya dibunuh.

Dunia Islam bukan buta tetapi kerajaan kerajaan ISlam sibuk menjaga kerusi mereka di tempat masing masing takut dengan ugutan Yahudi sehingga terlupa dengan amaran Tuhan. Sebelum ini kita gembira dengan kemenangan Obama. Saya sejak awal menyatakan kepada rakan-rakan kalau kita berserah pada selain ALlah Allah sendiri akan menjahanamkan kita.

Saya yakin dengan benar selagi umat Islam tidak bersatu menyelesaikan sendiri permasalahan ini dengan membanjirkan bantuan bagi melenyapkan Israel dari peta dunia selagi itulah masalah ini tak akan selesai. Saya lebih bertanya apa yang boleh kita lakukan sebagai orang kecil.

Pertama boikot, ini sebenarnya senjata yang kita abaikan. Kedua menghulur bantuan sekadar yang mampu. ketiga Mendoakan mereka setiap ketika walau ini yang paling senang tetapi inilah yang peling mustahak. Doa senjata mukmin. Keempat sebarkan kefahaman ini, kerana boikot perlu kepada penyertaan menyeluruh. Bantuan yang banyak akan memudahkan mereka di sana dan pastikan saluran bantuan itu yang paling absah. Doa dari jemaah yang ramai adalah lebih mustajab dari doa bersendirian.

Berhentilah seketika berhibur di kala adik adik dan kakak-kakak kita sedang ketakutan dan menangis. damaikan mereka dahulu kemudian terserahlah. Saya merayu bagi mereka di sini agar kita menyertai peperangan ini di tempat kita. Tolonglah! mereka cuma bersenjata ringan dalam pagar yang tiada terlihat, dikelilingi oleh saudara sedarah yang bodoh dan dungu, Tolonglah mereka kalau kita bukan dungu, bukan bodoh. kalau masih ada sekelumit Iman di hati dengarlah bisikannya. tolonglah. bukan nanti, sekarang. ya sekarang juga.

baca ini dengan mengangkat tangan ke langit sambil berniat utk doa.
اللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ ِفي نُحُورِ أَعْدَائِنَا وَنَعُوذُبِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ اللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَدِّدْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ يَا قَهَّارُ... يَا جَبَّارُ... يَا مُنْتَقِمُ! يَا اللهُ ) 3 مرّات ( اللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَاب...وَيَا مُجْرِيَ السَّحَاب...ويا هَازِمَ الأَحْزَاب... اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

Ya Allah bantulah kami jadi saudara yang beriman dengan Ukhuwah, Ya Allah kembalikanlah ruh jihad kepada hati hati kami yang sudah kecut kerana maksiat. Ya Allah jadikanlah kami ini Saudara yang berguna. Ya Allah Engkaulah Tuhan yang menciptakan kami dan musuh kami. Kami memohon Engkau hancurkan musuhMu dan bantulah hambaMu. Kami sangat yakin Engkau Berkuasa walaupun di mata kami ianya luar biasa. Amiin.

Sejauh Mana Keprihatinan Kita

Tahun baru yang dibuka dengan serangan-serangan yang lebih kejam ke atas Palestin, membuka mata-mata rakyat malaysia. sehinggakan mahasiswa dibenarkan untuk menyertai mana-mana rapat umum yang memperjuangkan isu sejagat ini.

namun, tatkala ku dengar khutbah jumaat hari ini, fikiran ku tertanya-tanya.. Sejauh mana keprihatinan kita terhadap isu palestin ini, isu sejagat yang mana bukan sahaja kerana mereka saudara islam kita, bahkan kerana di sana terletaknya baitul maqdis dan masjid al-aqsa.

tetapi, bukanlah khutbah tersebut bertajuk "sejauh mana keprihatinan kita", sedihnya ia berbunyi...

"ALAM PERSEKOLAHAN TAHUN BARU"

sedangkan ketika khutbah jumaat inilah masanya ramai orang berkumpul. yang jarang ke masjid pun datang ke masjid. remaja-remaja, golongan belia, tua, muda, yang berpangkat, yang bekerja biasa, semuanya datang ke masjid untuk menunaikan solat jumaat, dan secara tidak langsung dituntut untuk mendengar khutbahnya.

maka, bukankah itulah masa yang sesuai untuk menyebarkan lagi kesedaran tentang isu palestin tersebut? bukankah itu masa yang sesuai untuk menghidupkan bahkan menyemarakkan lagi api-api semangat juang dan cinta terhadap islam dan saudara seakidah? sekiranya ada rakyat palestin yang duduk mendengar khutbah di situ, pasti sangat kesal.

namun, mungkin hatinya terubat sedikit kerana ketika solat jumaat ditunaikan, imam melakukan qunut nazilah, mendoakan kehancuran musuh-musuh islam dan kemenangan pejuang-pejuang islam.

oleh itu, sejauh mana keprihatinan kita?

Jumaat, 9 Januari 2009

Mimpi Atau Realiti???

-19 NOVEMBER 2008, 6;26 a;m, RABU-

ASSALAMUALAIKUM…..

AKU TAKUT!!!!!!!!!!!!!!!!!! Masih terbayang-bayang lagi di kepala ku, tibe2 air yang pasang menenggelamkan keluarga aku yang tersayang, mak, abah, kakak dan adik perempuan aku, bersama-sama beberapa umat Islam lain sewaktu tidur di atas satu batu di satu tempat lapang. Tempat tu seperti tempat air terjun, bawah satu jambatan, tempat yang teduh, tempat yang lapang, ade jugak beberapa orang tengah tidur, termasuk mak, abah, kakak dan adik perempuan aku, termasuk jugak aku. di bawah batu2, di bawah jambatan ade air.. itu kan tempat air terjun, memang la ade air, tapi air tu tenang jer.. arghh!!! Tak dapat aku bayangkan dengan kata2 macam mana tempatnya.. kalo ade orang yang ingin lukiskan tempat yang aku ceritakan, mungkin aku boleh ceritakan dengan lagi terperinci… .. Di sebelah sana jugak, ade beberapa orang sedang khusyuk melakukan ibadat kepada ALLAH.. bersolat, berzikir.. aku kire semua yang berada di tempat tu adalah orang ISLAM… semua berpakaian serba putih.. yang perempuan semua lengkap bertelekung… tibe2 aku sedar dari tidur, suasana sunyi walaupun ramai yang sedang melakukan aktiviti mereka sama ada secara bersendirian ataupun beramai-ramai.. aku bangun dan berjalan di kawasan sekeliling, di tempat orang yang sedang melakukan ibadat, sedang bersolat.. sedang aku leka melihat seorang yang berjanggut panjang melakukan solat.. tibe2 aku tersentak!! Aku lihat beberapa orang yang berpakaian serba putih dihanyutkan air, aku lihat ada yang seperti sedang tidur, tenang jer wajahnya.. mereka terbaring di atas batu, batu tu yang menghanyutkan mereka mengikut arus air yang tenang itu.. batu itu terapung, dihanyutkan air semakin menghampiri tempat beberapa orang yang sedang tidur tadi.. tenang jer arusnye namun cukup kuat untuk meruntuhkan batu konkrit.. kemudian, batu konkrit yang menampung batu2 besar tadi tibe2 runtuh dan hampir meneggelamkan semua yang sedang tidur tadi.. aku tengok, kemudian berlari ke arah ahli keluarga aku, untuk mengejutkan mereka dan memberitahu apa yang aku lihat.. aku sempat mengejutkan kakak aku namun langsung tiada tindak balas.. aku kesal… tibe2 air telah sampai ke atas tempat yang orang2 sedang tidur, aku berlari ingin mengejutkan mak dan abah aku.. namun, arus itu terlalu tinggi sehingga hampir menenggelamkan aku.. aku lihat beberapa orang yang sedang melakukan aktiviti tadi kelam kabut menyelamatkan diri, namun beberapa orang yang sedang tidur tadi seolah2 redha dengan arus yang ingin menenggelamkan mereka.. aku terus berlari ke tempat selamat sambil mata ku sudah berlinang air mata dan memanggil mak, abah, kakak dan adik…

Tibe2 aku terjaga… ya ALLAH!!! Aku bermimpi rupanya.. aku tengok jam di skrin telefon bimbitku.. jam menunjukkan pukul 5.49 pagi.. ku kira sekejap lagi azan subuh akan berkumandang, namun bilik mak dan abah aku dah cerah di terangi cahaya lampu.. aku tau mak aku dah bangun dan sedang bermunajat kepada ALLAH… itulah rutin harian orang tua ku.. walaupun ku kira usia mak belum pon sampai separuh abad, namun mak rajin bersolat dan berpuasa sunat, selalu ke pengajian membetulkan bacaan al-Quran, dan pergi ke ceramah2 agama.. itulah rutin mak aku sebagai seorang suri rumah sepenuh masa.. mak seorang yang rajin menuntut ilmu agama.. kalau nk di bandingkan dengan aku.. nama jer pelajar sekolah agama, bakal ustazah, insyaALLAH.. namun selalu tertipu dengan keduniaan… abah aku masih lagi bekerja untuk menyara 2 orang adik aku yang masih bersekolah…

Badan aku seram sejuk mengingatkan mimpi yang baru sebentar tadi aku alami.. aku amat menyayangi keluarga aku.. di usia aku awal 20-an, masih memerlukan kasih sayang dan mebuntukan semangat serta sokongan mak dan abah.. saban waktu aku sms mak dan abah mintak nasihat dan supaya mereka mendoakan aku berjaya dalam pelajaran dan hidup.. aku masih belum bersedia menerima kehilangan mereka.. lama aku termenung memikirkan mimpi tadi, mungkin ade sesuatu dari mimpi tu.. walaupun sekadar mimpi.. ade jugak orang kate mimpi tu satu petanda, ade jugak yang berpendapat mimpi tu hanya mainan tidur.. aku ambil semuanya sebagai satu iktibar.. saat azan dilaungkan, aku bingkas bangun menunaikan tuntutan Ilahi, mengerjakan solat subuh, dan bertaubat kepada ALLAH atas dosa yang telah aku lakukan… aku sedar, sejak dua hari lalu aku dah melakukan dosa besar.. aku insaf.. aku bertaubat.. syukur aku masih diberi kesempatan untuk bertaubat.. kalo aku mati sebelum sempat aku bertaubat dari dosa besar yang telah aku lakukan… Nauzubillah!!!

ADIK NAK ABAH…. ADIK NAK ABANG…..

-19 NOVEMBER 2008, 14:59 p:m; RABU –

Suasana redup menyelubungi rumah Kak Esah pada petang itu.. kesian anak kecil yang berusia lebih kurang 4 tahun lebih itu. Tiada siapa yang mempedulikan tangisannya.. aku lihat dia menyorok di balik pintu.. mana mungkin mak dan kakaknya berkesempatan memujuknya sedangkan mereka juga berada dalam keadaan yang amat sedih.. aku menjengukkan kepala untuk melihat apa yang sedang di buat oleh kanak-kanak itu.. dia duduk mencangkung sambil menundukkan kepalanya dan menekup mukanya di atas kedua lututnya. Tangisannya yang teresak-esak hampir tidak kedengaran lagi.. lalu, aku menghampirinya.. lama aku memerhatikan kanak-kanak itu, dia sedikit pun tidak menunjukkan sebarang reaksi.. aku memegang tangannya dan menariknya ke atas ribaan ku, lalu mendukungnya.. dia hanya menurut.. membawanya keluar rumah adalah jalan terbaik untuk memujuknya.. lama kemudian, aku sudah tidak mendengar tangisannya. Dia hanya melentokkan kepalanya ke bahu ku.. Sudah penat barangkali.. aku mendukungnya sambil berjalan-jalan mengelilingi halaman rumahnya.. keluarga kak Esah memang berada dan amat pemurah.. sebab tu ramai jiran-jiran datang menziarah di saat-saat mereka dalam kesusahan..

Aku mulakan perbualan dengan anak itu dengan menanyakan namanya. Walaupun sememangnya aku dah tau namanya, maklumlah dah lama berjiran, masakan nama anak jiran pun aku tak tahu. Aku juga dah tahu apa yang telah terjadi dalam keluarga mereka pada awal pagi itu, menyebabkan mak dan aku bergegas ke rumah mereka. Sebagai jiran yang paling dekat, tanggungjawab kami sekeluarga membantu apa yang termampu akan di laksanakan sebaik mungkin..

“erm.. siapa nama?” tanyaku sekadar untuk melihat reksinya. Lama baru dia menjawab, “Aishah”, jawabnya ringkas. “oooh, Aisah.. cantik namanya.. panggil adik ye?” Tanya aku lagi. Dia mengangguk.. “kenapa adik nangis kat belakang pintu tadi? Adik lapar ke? Tak makan lagi?” Tanyaku berbasi-basi. “adik nak abah.. adik nak abang..” Aishah menangis..

Aku: Abah ngan abang pergi mana?

Aishah: Abah ngan abang dah tak de. Tadi diorang tidor dalam bilik.

Aku: Sekarang, diorang pergi mana?

Aishah: Tak tahu..

Aku: Owh.. Abah ngan abang pergi jumpa tuan die. Tuan die panggil nak bagi upah, dah lame dah abah ngan abang keje kan.

Aishah: Nanti abah ngan abang dapat duit banyak-banyak ke kak? Bile abah ngan abang nak balik jumpe adik lagi?

Aku memikirkan jawapan yang sesuai untuk anak sekecil ini. Dalam usia yang belum pon memulakan alam persekolahan, die mungkin tidak mengerti apa-apa kalo aku beritahu tentang Qada’ dan Qadar ALLAH.. Aku membiarkan je Aishah menangis teresak-esak atas bahu ku. Mungkin terasa rindu dengan ayah dan abang kesayangannya..

“Adik.. adik tau tak, abah dengan abang pergi jumpe tuan die.. jauh sangat.. Abah ngan abang adik baik sangat, selalu pergi masjid, suke tolong kawan-kawan adik, suke tolong akak, suke tolong ayah akak. Nanti abah ngan abang mesti seoronok jumpe tuan die. Dapat makan sedap-sedap, dapat duit banyak,” pujuk aku lagi.

Namun, air matanya masih lagi terasa mengalir di bahu ku.. aku cuba memujuk lagi.. “Adik nak jumpe ngan abah ngan abang adik tak?”

“nak, nak, nak,” wajahnya yang comel menunjukkan sedikit kegembiraan.

“kalau adik nak jumpe abah, nak jumpe abang… adik kene jadi macam diorang la.. kene rajin ngaji, kene dengar cakap mak ngan kak long, kene buat baik pada kawan-kawan, tau,” terang ku panjang lebar.

“nanti adik boleh jumpe abah ngan abang lagi ye? Nanti abah boleh belikan baju banyak-banyak untuk adik ye? Nanti abang boleh main-main ngan adik lagi ye?” Tanyanya dengan wajah yang ceria.

“InsyALLAH, tapi adik tak boleh nangis tau” aku menundukkan kepala sambil tersenyum melihat wajah comel itu.

“Nape mak ngan kak long nangis?” Tanya adik lagi.

“erm.. mak ngan kak long nangis sebab tengok adik nangis la. Kalo adik tak nangis kat belakang pintu tadi, mesti mak ngan kak long tak nangis jugak,” jawab ku selamba.

Adik tertawa mendengar jawapan aku yang seolah-olah menyindirnya barang kali.

Aku ikut tersenyum.. nampaknya jawapan aku tadi membuatkan adik berhenti menangis. Die hanya termenung sambil kepalanya masih lagi di bahu ku.. aku membiarkan saje perlakuannya.. mungkin dia rasa berteman diperlakukan seperti itu..

Kesian.. dalam usia yang begitu kecil, yang baru nak merasai kasih sayang mak dan ayah, sudah kehilangan orang-orang yang tersayang. Aku perlu berusaha menceriakan anak kecil ini dan akan menemaninya supaya die boleh lupakan tentang ayah dan abangnya buat sementara waktu.

Lama aku termenung memikirkan nasib kanak-kanak comel ni, aku harap die boleh menerima kenyataan ni bile die dah besar sikit nanti. Abah dan abangnya pergi menghadap Ilahi dalam keadaan tenang, pada pagi jumaat, penghulu segala hari. Aku doakan Pak Mail dan abang Afiq di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.. Amin.. al-Fatihah..

Tanpa di sedari, air mata mengalir di pipi. Mujurlah Aishah tidak menyedari. Aku lihat dia telah lena di bahu ku. Aku bahagia melihat keadaanya seperti itu. Semoga engkau lebih tabah, adik ku..

Jadikan Qunut Nazilah Suatu Amalan


Dalam sebuah hadith menceritakan bahawa Rasululah membaca Qunut sebulan penuh kerana kabilah bani salim, ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah yang mengaku memeluk islam dan meminta kepada Rasul SAW supaya menghantar kepada mereka guru-guru untuk mengajar mereka, telah dibunuh oleh mereka.


“Rasulullah berqunut sebulan terus menerus dalam solat zuhur, asar, magrib, isyak dan subuh di akhir tiap-tiap kali solat apabila ia berkata "sami'allahu liman hamidah" dari rakaat akhir, beliau mendoakan kehancuran ke atas penduduk kabilah bani salim, kabilah ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah dan orang-orang yg dibelakang mengaminkannya.” (Direkodkan oleh Abu Daud dan Imam Ahmad)


Disamping itu, Imam Syafi'i rahimahullah berkata:

"Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh solat wajib." (Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279).


Doa Qunut Nazilah tidak ada penetapan, kerana sebarang doa boleh dibaca selagi ia masih dalam bahasa arab. Al-Qadli Iyadl rahimahullah menukil kesepakatan jumhur ulama bahwa tidak ada doa khusus dalam qunut. Ibnu Shalah menganggap orang yang berpendapat ada doa khusus dalam qunut adalah pendapat orang yang aneh dan tertolak, serta menyelisihi jumhur ulama. (Lihat Al-Majmu' 3/477, Majmu' Al-Fatawa 23/108.)


-Panduan Qunut Nazilah-


_ERTI DOA QUNUT NAZILAH___________


Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.


_CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH___________


Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca


سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ، رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ.


Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja.

3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

Antara doa yang selalu dibaca:


اللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِ أَعْدَاءِنَا، وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلابِكَ، يَا قَهَّارُ يَا جَبَّارُ، يَا مُنْتَقِمُ، يا الله، يا الله، يا الله، اللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، اهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.


***

p/s: moga qunut nazilah ini sentiasa menjadi sebutan kita dalam bait-bait doa yang kita baca setiap waktu.. kenang saudara islam kita dalam doa kita..


Pelawat

Load Counter

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP