Jumaat, 12 September 2008

6 TiPs bErSaHaBaT KeRaNa ALLAH

6 tIp bErSaHaBaT KeRaNa ALLAH..=)

Dlm kehidupan kita, sahabat antara orang yg paling rapat dengan kita kerana sahabat adalah insan tempat kita bertukar-tukar pendapat, berkongsi suka duka..=) Malah sahabat adalah pengganti ibu bapa, jika kita berada jauh daripada mereka.. Apabila kita menjadi sahabat kepada seseorang, tentu kita ingin menjadi sahabat yang baik @ positif kan.. Utk menjadi sahabat yang positif dalam kehidupan bukanlah mudah tau.. Ia memerlukan tindakan yang IKHLAS daripada HATI dan dibuktikan melalui perbuatan..

Dlm hubungan persahabatan, bukan kita sahaja yang memerlukan sahabat yang positif..Sahabat kita juga memerlukan kita menjadi sahabat yang positif.. Sooo..jadilah sahabat yang mempunyai pemikiran yang baik, bertindak mengikut pendekatan manusia yang mempercayai Allah dan menyedari sifat-sifat Allah yang sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayang kepada jiwa para hambaNYA.. Ok?? =)

Sifat sahabat positif dalam bayangan mukmin disebutkan oleh Rasulullah dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh An-Nu’man Ibn Basher dalam Sahih Bukhari :

"Perumpamaan mukmin yang berkasih sayang seperti tubuh badan. Jika sakit salah satunya, maka sakitlah keseluruhannya.."


Abul-Barakaat Badrud-Deen al-Ghazee memberi saranan yg baik utk menjadi sahabat yg mempunyai pengaruh yang positif terhadap diri dan orang lain. Antaranya ialah :

1. Berlaku baik terhadap diri dan orang lain..

Sentiasa berlaku baik terhadap orang lain seperti yang telah diriwayatkan oleh Usamah Ibn Shareek berkenaan saranan Nabi Muhammad kektika ditanya : “Apakah pemberian terbaik oleh seorang manusia?” Jawabnya :”Perbuatan yang baik..”(Riwayat Tabrani)

2. Fahami bahawa setiap kelebihan adalah rezeki..

Elakkan rasa dengki dan tidak berpuas hati terhadap kelebihan orang lain.. Jadikan kelebihan tersebut sebagai SUMBER untuk dipelajari dan elakkan diri daripada terdorong mencari jalan menyusahkan orang lain.. Kelebihan diri harus dikongsi dengan meletakkan niat tidak ada daya yang memberi kelebihan tersebut melainkan Allah.. Sabda Rasulullah : “ Janganlah kamu berhasad dengki antara satu sama lain..” (Riwayat Bukhari)

3. Timbulkan rasa malu utk berkelakuan kurang elok dihadapan rakan..

Rasa malu adalah sempadan yg baik dalam membina peribadi persahabatan yg baik.. betul x?? betul…. Rasa malu secara langsung menggambarkan rasa hormat terhadap perasaan orang lain melihatnya..

4. Bentuk jiwa persahabatan mukmin kerana Allah..

Manusia yg membentuk tali persahabatan kerana Allah, sentiasa mencari ruang utk memotivasikan dirinya ke arah kebaikan bersama.. =) Persahabatan yg positif merupakan IBADAH dan merupakan pelaburan jangka masa panjang di akhirat..

5. Memberi pandangan yg baik..

Seboleh-bolehnya, cuba utk memberi imej yg baik terhadap rakan2 dan meletakkan kelebihan dan kebaikannya melebihi perbuatan buruknya..Okes??

6. Berilah nasihat yg datang dr HATI..

Nasihat yg timbul atas rasa sukakan kebaikan dan kasih sayang terhadap seseorang.. Elakkan nasihat2 yg bertujuan menegur utk memalukannya atau menunjukkan kepandaian diri.. Nasihat yg baik adalah satu doa tau.. Doa untuk kebaikan terhadap sahabat..Sampaikan secara peribadi bukan dalam keadaan terbuka.. =)

Rabu, 3 September 2008

Tips Khatam 30 Juzu' al-Quran Sebulan


tips 1:

baca 4.5 muka surat setiap kali selepas solat lima waktu setiap hari.

4.5 m/s x 5 solat x 30 hari = 604 m/s

dan al-quran mempunyai 604 m/s.


Tips 2:

baca 2 maqro setiap kali selepas solat lima waktu.
2 x 5 = 10

satu juzu' mempunyai 8 maqro. 30 juzu' ada 240 maqro'.

dalam masa 24 hari, anda akan khatam.
240 bahagi 10 = 24



ikuti tips di atas, satu hari satu juzu'. tapi bagaimana pula jika anda baru nak start? atau anda tertinggal beberapa juzu' ke belakang? don worry. anda masih boleh khatam lagi di dalam bulan ramadhan ni, insyaAllah.

cara meng'cover'

anda boleh cover dengan membaca al-quran ketika qiamullail, atau pada senggang masa kosong. bacaan lancar secara hadar mengambil masa tidak lebih daripada satu jam bagi satu juzu'. manfaatkan senggang masa kosong, insyaAllah dapat paling kurang satu muka surat. mungkin anda nampak sikit, satu muka surat jer, bila nak abis. takpe. biar sikit asalkan berterusan. anda tahu anda tidak mempunyai waktu lapang yang panjang untuk terus habis satu juzu' sehari, so gunakan la senggang2 masa yang sedikit tu.


takde wudhu'? asyik batal jer? gunakan kitab al-quran yang ade terjemah. beli atau dapatkan yang kecil, mudah dibawa ke mana2, sentiasa ade di sisi. boleh masuk poket atas, poket baju.

ok. selamat beramal. yang terbaik sama baca tu dapat tadabbur, or at least dapat faham sikit. kalau tak faham pun, tetap ada ganjarannya bagi orang yang membacanya.. wallahu a'lam

Pelawat

Load Counter

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP