Isnin, 25 Mei 2009

Pujuk Rayu Iblis


Tipu daya iblis

Allah swt telah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat ke 34 yang bermaksud 'dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.'

Iblis seperti yang telah kita semua ketahui adalah musuh yang nyata bagi setiap anak Adam. Kehebatannya merayu untuk menyesatkan datang dari setiap penjuru sehingga mengalir di dalam darah ,bersembunyi di dalam hati dan tinggal di akal manusia. Nabi Muhammad saw telah bersabda maksudnya 'Sesungguhnya syaitan berjalan pada manusia di setiap pembuluh darah.' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Apabila syaitan menetap dalam hati,manusia akan menjadi was-was dan benci kepada kebaikan serta gemar kepada keburukan. Jika bersarang di akal,manusia asyik memikirkan keuntungan diri tanpa memperdulikan kebajikan orang lain. Semua manusia termasuk para Rasul dan para Nabi didatangi dan dipujuk rayu oleh iblis. Tujuannya adalah supaya manusia mengikuti jejaknya yakni dengan tidak mentaati dan melanggar perintah Allah dan bersama-sama menemaninya ke dalam neraka; “Dan sesungguhnya neraka jahannam itu,tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka yang menurutmu.”(Surah al-Hijr:43)


Kelicikannya dapat mengaburi manusia jika iman manusia itu pudar,luntur dan tidak dibajai setiap masa dengan mengingati Allah SWT.Mereka yang terperdaya dengan iblis semestinya akan menyesal di kemudian hari walaupun dibuai keseronokan di permulaannya. Kesimpulannya,semua manusia tidak akan terlepas daripada pujuk rayu dan pengaruh iblis,kecuali bagi mereka yang sentiasa memperbaharui iman mereka supaya tetap teguh dan kuat untuk mel
epasi godaan itu.

Bagi yang telah sedar akan kesilapan diri, dipengaruhi serta digoda tipu daya iblis,segeralah bertaubat bagi kesalahan yang telah dilakukan sebagaimana nabi Adam yang segera bertaubat setelah termakan tipu daya iblis bersama Hawa sehingga dikeluarkan dari syurga. Kisah ini telah disebutkan dalam surah Al-baqarah ayat 36 yang bermaksud; 'Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

Dunia ini bagaikan lautan yang dalam yang mana sudah ramai ditenggelaminya. Oleh itu,jadikanlah taqwa sebagai perahu,iman sebagai isinya dan tawakal sebagai layarnya.Ikan yang hidup di dalam laut yang masin tidak masin apabila dinaikkan ke darat. Tetapi apabila telah mati,secubit garam sudah cukup untuk memberi rasa masin kepadanya. Begitulah juga dengan hati,hati yang 'hidup' amat sukar ditembusi,tapi bila hati telah 'mati',amat mudah untuk dipengaruhi.

Mutiara kata & wasiat


Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak dapat meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketentuan Allah tetapi tidak mahu tunduk kepada perintah-Nya. “Keredhaan manusia sukar untuk engkau capai dan bukanlah bermakna selamat daripada lidah manusia sudah boleh dianggap mencapai jalan kepada mendapat keredhaan mereka. Oleh itu hendaklah engkau melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demikian”. (Wasiat Imam Syafi’e)

sumber dari:www.iluvislam.com

Jumaat, 8 Mei 2009

Janganlah Jadi Orang Yang Kejam

Menurut Sufyan Atsauri, ada 10 jenis manusia yang dikategorikan sebagai tidak berhati perut atau kejam.

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk ibu bapanya, anak-anaknya dan kaum mukmin yang lain.

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran /belajar Al-Quran, tetapi dalam 1 hari dia tidak mampu membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk ke dalam masjid lalu keluar tanpa menunaikan sembahyang sunat 2 rakaat tahiyyatul masjid.

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai/melalui di suatu kota pada hari Jumaat dan keluar kota tersebut tanpa menunaikan sembahyang Jumaat.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, namun tidak mahu belajar /ambil manfaat apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan (bermusafir) dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seorang yang diundang pada sesuatu jamuan/majlis, namun tanpa keuzuran, dia tidak menghadirkan diri.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan/ menghabiskan masa muda tanpa belajar ilmu agama.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberikan makanannya itu.


-Allah S.W.T lebih mengetahui segalanya-



Pelawat

Load Counter

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP