Sejauh Mana Keprihatinan Kita
Tahun baru yang dibuka dengan serangan-serangan yang lebih kejam ke atas Palestin, membuka mata-mata rakyat malaysia. sehinggakan mahasiswa dibenarkan untuk menyertai mana-mana rapat umum yang memperjuangkan isu sejagat ini.
namun, tatkala ku dengar khutbah jumaat hari ini, fikiran ku tertanya-tanya.. Sejauh mana keprihatinan kita terhadap isu palestin ini, isu sejagat yang mana bukan sahaja kerana mereka saudara islam kita, bahkan kerana di sana terletaknya baitul maqdis dan masjid al-aqsa.
tetapi, bukanlah khutbah tersebut bertajuk "sejauh mana keprihatinan kita", sedihnya ia berbunyi...
"ALAM PERSEKOLAHAN TAHUN BARU"
sedangkan ketika khutbah jumaat inilah masanya ramai orang berkumpul. yang jarang ke masjid pun datang ke masjid. remaja-remaja, golongan belia, tua, muda, yang berpangkat, yang bekerja biasa, semuanya datang ke masjid untuk menunaikan solat jumaat, dan secara tidak langsung dituntut untuk mendengar khutbahnya.
maka, bukankah itulah masa yang sesuai untuk menyebarkan lagi kesedaran tentang isu palestin tersebut? bukankah itu masa yang sesuai untuk menghidupkan bahkan menyemarakkan lagi api-api semangat juang dan cinta terhadap islam dan saudara seakidah? sekiranya ada rakyat palestin yang duduk mendengar khutbah di situ, pasti sangat kesal.
namun, mungkin hatinya terubat sedikit kerana ketika solat jumaat ditunaikan, imam melakukan qunut nazilah, mendoakan kehancuran musuh-musuh islam dan kemenangan pejuang-pejuang islam.
oleh itu, sejauh mana keprihatinan kita?
0 comments:
Catat Ulasan