ADIK NAK ABAH…. ADIK NAK ABANG…..
-19 NOVEMBER 2008, 14:59 p:m; RABU –
Suasana redup menyelubungi rumah Kak Esah pada petang itu.. kesian anak kecil yang berusia lebih kurang 4 tahun lebih itu. Tiada siapa yang mempedulikan tangisannya.. aku lihat dia menyorok di balik pintu.. mana mungkin mak dan kakaknya berkesempatan memujuknya sedangkan mereka juga berada dalam keadaan yang amat sedih.. aku menjengukkan kepala untuk melihat apa yang sedang di buat oleh kanak-kanak itu.. dia duduk mencangkung sambil menundukkan kepalanya dan menekup mukanya di atas kedua lututnya. Tangisannya yang teresak-esak hampir tidak kedengaran lagi.. lalu, aku menghampirinya.. lama aku memerhatikan kanak-kanak itu, dia sedikit pun tidak menunjukkan sebarang reaksi.. aku memegang tangannya dan menariknya ke atas ribaan ku, lalu mendukungnya.. dia hanya menurut.. membawanya keluar rumah adalah jalan terbaik untuk memujuknya.. lama kemudian, aku sudah tidak mendengar tangisannya. Dia hanya melentokkan kepalanya ke bahu ku.. Sudah penat barangkali.. aku mendukungnya sambil berjalan-jalan mengelilingi halaman rumahnya.. keluarga kak Esah memang berada dan amat pemurah.. sebab tu ramai jiran-jiran datang menziarah di saat-saat mereka dalam kesusahan..
Aku mulakan perbualan dengan anak itu dengan menanyakan namanya. Walaupun sememangnya aku dah tau namanya, maklumlah dah lama berjiran, masakan nama anak jiran pun aku tak tahu. Aku juga dah tahu apa yang telah terjadi dalam keluarga mereka pada awal pagi itu, menyebabkan mak dan aku bergegas ke rumah mereka. Sebagai jiran yang paling dekat, tanggungjawab kami sekeluarga membantu apa yang termampu akan di laksanakan sebaik mungkin..
“erm.. siapa nama?” tanyaku sekadar untuk melihat reksinya. Lama baru dia menjawab, “Aishah”, jawabnya ringkas. “oooh, Aisah.. cantik namanya.. panggil adik ye?” Tanya aku lagi. Dia mengangguk.. “kenapa adik nangis kat belakang pintu tadi? Adik lapar ke? Tak makan lagi?” Tanyaku berbasi-basi. “adik nak abah.. adik nak abang..” Aishah menangis..
Aku: Abah ngan abang pergi mana?
Aishah: Abah ngan abang dah tak de. Tadi diorang tidor dalam bilik.
Aku: Sekarang, diorang pergi mana?
Aishah: Tak tahu..
Aku: Owh.. Abah ngan abang pergi jumpa tuan die. Tuan die panggil nak bagi upah, dah lame dah abah ngan abang keje kan.
Aishah: Nanti abah ngan abang dapat duit banyak-banyak ke kak? Bile abah ngan abang nak balik jumpe adik lagi?
Aku memikirkan jawapan yang sesuai untuk anak sekecil ini. Dalam usia yang belum pon memulakan alam persekolahan, die mungkin tidak mengerti apa-apa kalo aku beritahu tentang Qada’ dan Qadar ALLAH.. Aku membiarkan je Aishah menangis teresak-esak atas bahu ku. Mungkin terasa rindu dengan ayah dan abang kesayangannya..
“Adik.. adik tau tak, abah dengan abang pergi jumpe tuan die.. jauh sangat.. Abah ngan abang adik baik sangat, selalu pergi masjid, suke tolong kawan-kawan adik, suke tolong akak, suke tolong ayah akak. Nanti abah ngan abang mesti seoronok jumpe tuan die. Dapat makan sedap-sedap, dapat duit banyak,” pujuk aku lagi.
Namun, air matanya masih lagi terasa mengalir di bahu ku.. aku cuba memujuk lagi.. “Adik nak jumpe ngan abah ngan abang adik tak?”
“nak, nak, nak,” wajahnya yang comel menunjukkan sedikit kegembiraan.
“kalau adik nak jumpe abah, nak jumpe abang… adik kene jadi macam diorang la.. kene rajin ngaji, kene dengar cakap mak ngan kak long, kene buat baik pada kawan-kawan, tau,” terang ku panjang lebar.
“nanti adik boleh jumpe abah ngan abang lagi ye? Nanti abah boleh belikan baju banyak-banyak untuk adik ye? Nanti abang boleh main-main ngan adik lagi ye?” Tanyanya dengan wajah yang ceria.
“InsyALLAH, tapi adik tak boleh nangis tau” aku menundukkan kepala sambil tersenyum melihat wajah comel itu.
“Nape mak ngan kak long nangis?” Tanya adik lagi.
“erm.. mak ngan kak long nangis sebab tengok adik nangis la. Kalo adik tak nangis kat belakang pintu tadi, mesti mak ngan kak long tak nangis jugak,” jawab ku selamba.
Adik tertawa mendengar jawapan aku yang seolah-olah menyindirnya barang kali.
Aku ikut tersenyum.. nampaknya jawapan aku tadi membuatkan adik berhenti menangis. Die hanya termenung sambil kepalanya masih lagi di bahu ku.. aku membiarkan saje perlakuannya.. mungkin dia rasa berteman diperlakukan seperti itu..
Kesian.. dalam usia yang begitu kecil, yang baru nak merasai kasih sayang mak dan ayah, sudah kehilangan orang-orang yang tersayang. Aku perlu berusaha menceriakan anak kecil ini dan akan menemaninya supaya die boleh lupakan tentang ayah dan abangnya buat sementara waktu.
Lama aku termenung memikirkan nasib kanak-kanak comel ni, aku harap die boleh menerima kenyataan ni bile die dah besar sikit nanti. Abah dan abangnya pergi menghadap Ilahi dalam keadaan tenang, pada pagi jumaat, penghulu segala hari. Aku doakan Pak Mail dan abang Afiq di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.. Amin.. al-Fatihah..
Tanpa di sedari, air mata mengalir di pipi. Mujurlah Aishah tidak menyedari. Aku lihat dia telah lena di bahu ku. Aku bahagia melihat keadaanya seperti itu. Semoga engkau lebih tabah, adik ku..
0 comments:
Catat Ulasan