Jumaat, 20 Jun 2008

Literasi BM? Latih Guna Otak kanan

Latih Si Kecil Guna Otak Kanan

Ada kelas yang diuruskan oleh orang Jepun yang melatih kanak-kanak berfikir menggunakan otak kanannya. otak sebelah kanan memerlukan practice dan exercise untuk mahir menggunakannya. Bagi sesiapa yang berjaya menggunakan kedua-dua belah otaknya, adalah amat beruntung sekali. biasanya ramai orang cina yang hantar anak-anak mereka ke kelas2 camni supaya anak mereka dapat menggunakan kedua2 belah otak mereka. orang melayu jarang sekali kerana kelas tersebut agak mahal sikit kosnya.

bagi sesiapa yang dah ada anak, anak murid, anak buah, atau ada adik kecil, sepupu kecil, bolehlah cuba praktiskan atau suruh penjaga mereka praktiskan. insyaAllah ada kesannya..


1. Sewaktu si kecil nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat dia sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, anak soleh, kuat, tak sakit, dia budak pandai dan sebagainya. Sebab masa tidur-tidur ayam ni, otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah. Tapi kena buat seikhlas hati dengan doa dan harapan pada Allah lah. Kalau tengah marah, tak jadi. kalau si kecil tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam mode tidur2 ayam.

Ada orang buat kat anak dia sebab anak dia bangun lambat pas tu siap menangis melalak-lalak lagi. Dia buat hari-hari sebelum tidur tu, dia cakap kat anak dia, budak baik, suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal. hasilnya anak dia 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu dan ahad.

2. Guna cards untuk ajar si kecil. Ada orang ajar ABC sampai Z guna card seminggu je anak dia dah kenal semua huruf dan dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. buat card banyak-banyak dan tunjuk kat si kecil cepat-cepat. contohnya a b c d e, insyaAllah cepat si kecil dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat, otak kanan si kecil bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk. kita boleh buat card 1 2 3, gambar-gambar, dan lain-lain.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar si kecil main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dan sebagainya. satu lagi cuba kita lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh si kecil sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi. ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.

4. Jangan marah-marah atau tengking si kecil selalu sebab si kecil boleh simpan semuanya dalam otak kiri..

5. Satu lagi bina dan bangunkan si kecil punya imaginasi dengan mula bercerita kat dia dan suruh si kecil sambung cerita tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa. untuk nasihat dan pengajaran, bagi la cerita2 agama atau kisah2 sirah.


6. Main teka-teki ngan si kecil, letak satu barang dalam kotak tisu dan suruh si kecil teka apa benda tu. awal-awal bolehlah bagi klu sikit2, bagitau colour apa, bunyi apa, lama-lama si kecil bolehlah develop six sense dengan concentre si kecil boleh teka apa benda dalam kotak tisu tu. ni semua untuk aktifkan otak sebelah kanan. Game2 ni tak yah buat lama-lama pun takpe, setengah jam sehari pun boleh. Buat masa rileks2.

Lagi satu, Kaunselor UTM, Dr. Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada cakap tentang perkataan "jangan" kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak, itulah yang anak akan buat. so, lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain pulak. Contohnya, "Tolong senyap Abang" berbanding "Jangan bising bang".

wallahu a'lam..

2 comments:

aziee 26 Jun 2008 pada 4:39 PTG  

salam..
nice article..
tapi kaedah2 yang di sebutkan tu, boleh praktis kat kanak2 umur berape eh.. erm.. my b, make sure bile kanak2 tu dh boleh bercakap la kan..

WhoSign 26 Jun 2008 pada 6:24 PTG  

latih sblm drp dia pandai bercakap pn xpe.. dpt dia berkembang.. kira macam melatih n mengajar menyebut la bg kanak2 yg xpandai cakap lg.. aktiviti lain ikut kesesuaian umur..

Pelawat

Load Counter

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP