Isnin, 16 Jun 2008

Jin Dan Toyol?

JIN DAN TOYOL

Jin

Rasullullah pernah menerangkan bahawa memang ada makhluk-makhluk (jin) yang berkongsi tempat tinggal dan hidup bersama-sama manusia di mana-mana saja. Oleh sebab itu sekiranya sesiapa yang mendapati di rumah mereka dimasuki ular hitam hendaklah segera azan dengan suara yang kuat. Jika ia lari keluar hendaklah dibiarkan sahaja kerana itu adalah makhluk jin. Tetapi sebaliknya jika ia berlingkar atau menunjukkan tanda melawan enggan keluar dari rumah bunuhlah ia kerana ia adalah ular sebenar.

Toyol

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dalam bab ‘Ayat Kursi’ ada menyebut satu kisah di mana seorang makhluk kecil seperti kanak-kanak, kepalanya botak, tetapi sedikit jambul, ditemui sedang mencuri simpanan makanan (Baitul Mal) zakat fitrah di bawah jagaan Abu Hurairah. Apabila ditangkap serta hendak diadukan kepada Rasulullah S.A.W. bermacam-macam rayuan dibuatnya. Rasulullah S.A.W tidak menamakan dengan nama khas, tetapi kesimpulannya toyol sepertimana dipercayai oleh sesetengah masyarakat tetap wujud walaupun kita tidak dapat membuktikan dengan mata kepala. Sesuatu yang belum terjumpa atau belum pernah terlihat akannya, tidak bererti ianya tidak wujud. Kalau mengikut kepercayaan orang Melayu, toyol itu kecil seperti kanak-kanak. Ianya menepati laporan hadis Abu Hurairah R.A. Kalau kerjanya mencuri, juga selari dengan hadis tersebut. Tetapi mengenai hasil curian akan diberi kepada tuan, begitu juga untuk mendapatkannya kena memeluk suatu tiang di Mekah. Wallahu A’lam Bis Sawab. Untuk mengelakkan duit dari kena curi atau diambil oleh toyol, baca ayat Kursi ketika menyimpan dan juga semasa mengunci pintu tempat simpanan. Rahsia ini diberitahu sendiri oleh toyol kepada Abu Hurairah R.A dan disahkan oleh Rasulullah S.A.W. sendiri tentang kebenaran kenyataan itu kepada Abu Hurairah R.A dan ternyata kehilangan tidak berlaku lagi setelah diamalkan oleh Abu Hurairah.

1 comments:

WhoSign 17 Jun 2008 pada 9:19 PG  

syaitan dan iblis tu pun dari kalangan jin jugak.. tu lg satu bukti ade nye benda2 ni.. bg mereka yg xpercaya2 lagi la..

Pelawat

Load Counter

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP