Selasa, 17 Jun 2008

BiNgKiSaN BuaT SaHaBaT

BiNgKiSaN BuaT SaHaBaT

**Jadikan persahabatan terbina persis
untaian tasbih.. ada awal tiada hujungnya..
di bentuk untuk MENGINGATInya..
di rantai kerana REDHA-Nya..
moga ia kekal dan di RAHMATI-Nya..

** Teman yang baik adalah seperti
tangan dan mata..
bila tangan sakit, mata menangis..
bila mata menangis, tangan kesat air mata..
semoga PERSAHABATAN kita kekal selamanya..

** Jangan di buang kenangan itu,
kerana ia pengubat RINDU..
Jangan di campak memori itu,
kerana ia pemaut KASIH..
kerana..
antara kita yang terpisah..
cantumnya hanyalah KENANGAN..

** keikhlasan dalam persahabatan
menjadi benteng kepada keutuhan
UKHWAH...
andainya persahabatan kita
di pisahkan dengan waktu yang singkat..
janganlah ia menjadi penyebab untuk kita
terus melupakan KENANGAN manis tika
bersama..

** Carilah segunung KEIKHLASAN,
selaut KESETIAAN,
sejuta KEGIGIHAN,
seluas langit KESABARAN & KEJUJURAN,
jutaan buih KEIMANAN,
barulah indah sebuah PERSAHABATAN..

1 comments:

WhoSign 18 Jun 2008 pada 8:29 PG  

nak dapat sahabat yg terbaik? jadilah yg terbaik kepada sahabat kita..

Pelawat

Load Counter

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP