Selasa, 17 Jun 2008

KiSaH TeLaDaN WaNiTa CeMeRLaNG

KiSaH TeLaDaN WaNiTa CeMeRLaNG

* Ibunya orang beriman, isteri nabi Muhammad sekaligus putri dari as-sidiq adalah wanita yang patut diteladani oleh seluruh mu’minah di sepanjang zaman.

* Ia adalah wanita pemilik kemuliaan yang tidak ditandingi **Aisyah** wanita yang paling berilmu tentang alquran, kerana kehidupannya yang selalu bersama dengan pembawa risalah islam, dan beliau menyaksikan Al quran yang turun di rumah beliau. Paling berilmu, kerana sangat memahami bagaimana wujud penjabaran Al quran dalam kehidupan sehari-hari, dipraktikkan dalam perkataan, perbuatan, budi pekerti, akhlaq dan adab oleh rasulullah shallallahu alaihi wa sallam.

* Beliau pula wanita yang paling berilmu tentang hadis, fekah, pengubatan, syair dan hikmah. Sehingga sangat wajar ketika abu bardah mengatakan : “apabila ada sebuah permasalahan yang tidak diketahui di zaman sahabat , maka kami bertanya kepada Aisyah, dan kami memperoleh ilmu dari beliau”.

* Seorang sahabat yang lain mengatakan “saya tidak mengetahui ada orang yang lebih berilmu tentang al quran, faraidh(ilmu waris), halal dan haram, syair, sejarah dan nasab kecuali Aisyah”.

Umar bin khatab ketika menjelang wafat , berkata kepada abdullah (anaknya).

“Pergilah kepada Aisyah, sampaikan salamku padanya, dan minta izin darinya agar aku boleh dimakamkan di rumahnya bersama Rasulullah dan Abu Bakar.

Maka Abdullah pun mendatangi aisyah dan menyampaikan pesan ayahnya. Aisyah mengatakan

“baik dan ini adalah sebuah kemuliaan” dan melanjutkan dengan berkata “wahai anakku, sampaikan salamku kepada Umar , dan katakan padanya jangan tinggalkan umat Muhammad tanpa pimpinan, pilihlah khalifah bagi umat dan jangan tinggalkan umat dalam keadaan sia-sia setelahmu, karena aku takut terjadi fitnah atas umat ini.”

  • Wahai wanita mukminah, saksikanlah bagaimana keagungan perjalanan mereka yang ditarbiyah dalam rumah-tangga nabi. Perhatikan bagaimanakah nasihat dan pandangan Aisyah untuk mengangkat khalifah setelah Umar, kerana khuatir terjadinya fitnah. Seolah-olah Aisyah mengetahui hal-hal yang akan berlaku pada masa akan datang, padahal ia tahu tentang hal-hal yang ghaib, namun ini adalah firasat seorang mukmin yang beriman kepada Allah dan RasulNya. Beliau tak hanya sebatas melihat tentang dekatnya kematian umar dan tentang masalah di mana Umar akan dimakamkan, namun beliau melihat bagaimana kehidupan umat Islam setelah Umar meninggal. Dari sini terlihat keluasan pandangan, jauhnya pemikiran ke depan dan sekaligus perhatian yang sangat besar tentang urusan umat Islam. Inilah yang semestinya diteladani oleh wanita mukminah di zaman ini.
  • Kedalaman ilmu, kecerdasan dan perhatiannya terhadap umat adalah warisan yang berharga yang boleh diwarisi sampai hari ini. Terbukti dengan kedudukan beliau yang tergolong dalam tujuh orang di kalangan sahabat yang banyak menghafal fatwa-fatwa dari para sahabat.
  • Panji Islam di sepanjang sejarah akan selalu tegak dengan para penyandangnya. Dan Aisyah adalah salah satu penegak panji Islam di awal terbitnya cahaya Islam. Sebuah bukti bahwa wanita pun memiliki peranan yang sangat besar dalam memperjuangkan Islam. Tidak hanya untuk membuang waktu untuk berbagai pekerjaan yang sia-sia, sebagaimana yang dilakukan oleh kebanaykan muslimah di zaman ini.
  • Panji Islam memang akan tetap tegak dengan para pejuangnya sepanjang masa. Namun apakah kita para wanita mukminah menjadi sebahagian dari penyandang dan penegak risalah atau tidak, maka jawabnya ada pada diri kita... Renungkanlah..

3 comments:

WhoSign 18 Jun 2008 pada 10:45 PG  

saidatina 'a isyah tu kecik2, muda2 lagi dh terlibat dalam perjuangan islam dan fikirkan umat.. umur 18 tahun dh start jd tempat rujukan..

muslimat sekarang? bkn xde pendidikan islam or pntarbiyahan, kdg2 diorg sendiri yg xnk cari or amalkan.. kalo jd tempat rujukan cinta or hiburan boleh la..

betul ke?

Tanpa Nama 27 Jun 2008 pada 9:16 PG  

tak semua begitu......jgn judge semua sdgkan hanya segelintir sebegitu...

WhoSign 27 Jun 2008 pada 12:12 PTG  

xde sebut semua pun.. tu cabaran buat muslimat.. utk difikir2kan..

n xnafikan gak, muslimin pun sama..

Pelawat

Load Counter

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP