Isnin, 26 Januari 2009

Hadis 35 - Orang Islam Adalah Bersaudara


Muslim sesama muslim adalah bersaudara



عن أبي هريرة قال: قال رسول الله لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا، ولا يبع بعضكم على بيع بعض، وكونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا يظلمه ولا يخذله، ولا يكذبه، ولا يحقره، التقوى ههنا، ويشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشر أن يحقر أخاه المسلم، المسلم على المسلم حرام دمه، وماله، وعرضه -رواه مسلم.



Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim. Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.



Pengajaran hadis:


(1) Hadis ini menganjurkan satu cara hidup bermasyarakat yang pasti membawa kepada keharmonian hidup, iaitu cara hidup yang mempamerkan keluhuran budi dan kemuliaan akhlak.

(2) lslam melarang umatnya dari saling hasad dengki, tipu menipu, benci membenci dan pulau memulau kerana semua sifat ini adalah sifat buruk yang hanya akan membawa kepada kerosakan, huru hara dan perpecahan dalam masyarakat. Masyarakat akan hancur sekiranya setiap anggota mempunyai sifat-sifat buruk seumpama ini.

(3) lslam juga melarang seseorang memotong jual beli saudaranya sehingga dia selesai membuat keputusan sama ada mahu meneruskan jual beli tersebut atau membatalkannya. Apabila jual beli itu dibatalkan, maka bolehlah dia menawarkan diri untuk berurus niaga. Etika ini diajar oleh lslam demi memelihara hubungan persaudaraan sesama muslim agar tidak timbul permusuhan akibat perbuatan memotong urusniaga orang lain.

(4) Umat lslam digesa hidup sebagai hamba Allah yang bersaudara dengan masing-masing menunaikan hak saudaranya dengan sempurna. Antara hak saudara seagamanya ialah bahawa dia tidak menzaliminya, tidak membiarkannya dihina, tidak membohonginya dan tidak mencerca atau menghinanya. Cukuplah seorang mukmin mendapat kecelakaan apabila dia suka menghina saudaranya.


(5) Taqwa adalah perkara tersembunyi yang ada di dada seseorang, ia bukannya suatu perkara yang boleh didakwa. Taqwa tidak seharusnya didakwa-dakwa bahkan ia adalah perkara tersembunyi di dada, namun ia dapat dikesan berdasarkan amalan seseorang kerana seorang yang bertaqwa hanya akan melakukan amalan soleh dan berakhlak mulia.



Ahad, 11 Januari 2009

latest - israel almunafiq

Penganalisa politik Israel Alouf Ben telah menulis pada 4/12/2008 dalam akhbar jerussalem post bahawa" masyarakat antarabangsa yang diterajui oleh Amerika dan Mesir telah memberi kebenaran kepada Israel untuk melangsaikan serangan daratnya ke atas Ghazzah bagi tujuan melumpuhkan organisasi HAMAS sehingga gerakan itu luput." Penganalisa itu menutup penulisannya dengan mengatakan: ( sesungguhnya sokongan mesir yang tidak diduga dalam menyokong Israel dalam persengketaannya dengan HAMAS adalah berita gembira yang mengejutkan menjadi kejayaan besar bagi diplomasi Israel.)
Inilah bukti bagi artikel saya sebelum ini. Selain bukti ini adalah ucapan Husni Mubvarak sendiri dan permusuhannya serta parti pimpinannya dengan Ikhwan Muslimin yang menyokong HAMAS seratus peratus. Ikhwan adalah gerakan yang memerdekakan Mesir dari penjajahan Inggeris Ikhwan juga adalah tentera yang menghalau Israel dari bumi Mesir. Kini Ikhwan dimusuhi kerajaan Mesir secara politik dan juga kekuasaan. Kini permusuhan itu telah berjangkit kepada HAMAS. Namun HAMAS masih menganggap Mesir sebagai Jiran yang pernah berjasa.

Inilah apa yang Allah sebut dalam menceritakan sifat munafiq di awal surah Al Baqarah. Baca dan bandingkan. Israel bukan lagi manusia mereka adalah Syaitan di kalangan manusia inilah keupayaan mereka meracuni pemikiran manusia agar menjadi pendokong mereka. Siapa yang senyap dan mengambil sikap duduk di atas pagar merekalah orang yang rugi.

Sampai di sini dahulu untuk kali ini.

fwd - umaq - eiman

celiklah mata lihatlah diri kita....hiburan merata - rata,dosa entah ke mana ...
bukankah ramai yang ditipu...dijajah pemikiran nya dengan budaya jahiliyyah...namun,itulah kebanggaan...sampai bilakah kita ingin ditipu,dimainkan,diinjak dan dibodohkan....??

fikirkanlah....

Pelawat

Load Counter

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP