Rabu, 3 September 2008

Tips Khatam 30 Juzu' al-Quran Sebulan


tips 1:

baca 4.5 muka surat setiap kali selepas solat lima waktu setiap hari.

4.5 m/s x 5 solat x 30 hari = 604 m/s

dan al-quran mempunyai 604 m/s.


Tips 2:

baca 2 maqro setiap kali selepas solat lima waktu.
2 x 5 = 10

satu juzu' mempunyai 8 maqro. 30 juzu' ada 240 maqro'.

dalam masa 24 hari, anda akan khatam.
240 bahagi 10 = 24



ikuti tips di atas, satu hari satu juzu'. tapi bagaimana pula jika anda baru nak start? atau anda tertinggal beberapa juzu' ke belakang? don worry. anda masih boleh khatam lagi di dalam bulan ramadhan ni, insyaAllah.

cara meng'cover'

anda boleh cover dengan membaca al-quran ketika qiamullail, atau pada senggang masa kosong. bacaan lancar secara hadar mengambil masa tidak lebih daripada satu jam bagi satu juzu'. manfaatkan senggang masa kosong, insyaAllah dapat paling kurang satu muka surat. mungkin anda nampak sikit, satu muka surat jer, bila nak abis. takpe. biar sikit asalkan berterusan. anda tahu anda tidak mempunyai waktu lapang yang panjang untuk terus habis satu juzu' sehari, so gunakan la senggang2 masa yang sedikit tu.


takde wudhu'? asyik batal jer? gunakan kitab al-quran yang ade terjemah. beli atau dapatkan yang kecil, mudah dibawa ke mana2, sentiasa ade di sisi. boleh masuk poket atas, poket baju.

ok. selamat beramal. yang terbaik sama baca tu dapat tadabbur, or at least dapat faham sikit. kalau tak faham pun, tetap ada ganjarannya bagi orang yang membacanya.. wallahu a'lam

0 comments:

Pelawat

Load Counter

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP