Isnin, 28 Julai 2008

10 Pintu Serangan Syaitan Dan Kunci Pertahanannya


Kata seorang daripada para solehin: “kurenung dan kufikir, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia? Tiba-tiba kudapati syaitan memasukinya daripada sepuluh pintu.”

1. Tamak dan jahat sangka, lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.

2. Cintakan hidup dan panjang angan-angan. Lantas aku hadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.

3. Cintakan kerehatan dan nikmat. Lantas aku hadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.

4. Kagum pada diri sendiri (ujub). Lantas aku hadapi dengan mensyukuri nikmat-nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan.

5. Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka. Lantas aku hadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

6. Hasad. Lantas aku hadapinya dengan sifat qanaah (berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan redha terhadap pemberian Allah kepada makhlukNya.

7. Riya’ dan sukakan pujian manusia. Lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.

8. Bakhil. Lantas aku hadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk itu akan binasa sedang apa yang ada di sisi Allah itu akan kekal.

9. Takabbur. Lantas aku hadapinya dengan sifat tawadhu’.

10. Tamak. Lantas aku hadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.

0 comments:

Pelawat

Load Counter

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP